Kepada semua Guru Besar Cemerlang / Guru Besar PPDKK SAHAJA. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan ; rujukan JP(SB)800(03)/07/01( ) bertarikh 7 November 2016 telah membuat siaran berhubung tawaran Biasiswa Tunas Geliga murid lepasan UPSR oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang memiliki kelayakan. Program ini berupa tajaan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan Bumiputera melalui pendidikan, pensijilan profesional dan latihan vokasional yang berkualiti. Mohon agar memaklumkan kepada murid berkelayakan untuk mengisi borang yang boleh diambil di PPDKK. Penghantaran adalah selewat-lewatnya 30 November 2016 ke alamat Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Tingkat 15-1, Mercu UEM Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral 50470 Kuala Lumpur Talian am: +603-2727 9000. Faks: +603-2727 9090. Sila berhubung dengan Pegawai Meja Biasiswa Di PPDKK. atau boleh layari laman sesawang www.yayasanpeneraju.com.my. Harap Maklum
Wednesday 9 November 2016
TAWARAN BIASISWA PENERAJU TUNAS GELIGA 2016 - Ramli Ahmad
Penulis Unknown
Diterbitkan 11/09/2016 11:11:00 am
Tags
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EmoticonEmoticon