Pelbagai aktiviti diadakan di dalam Kem Eco-School Siri 3/2016 yang diadakan di SK Lok Yuk Inanam, Kota Kinabalu pada 14-15 November 2016 dengan disertai oleh 6 buah sekolah iaitu SK Unggun, SK Sacred Heart, SK Kitobu, SK Gudon, SK Tebobon, SK Malawa dan tuan rumah sendiri SK Lok Yuk Inanam. Antara aktiviti yang dijalankan Ceramah Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar, Pertandingan Dekorasi Beg Terpakai dengan perca kain, Menanam pokok secara Terrarium, Membuat Lilin, Kajian Cuaca dan Kraftangan (Tanglung Ilmu dengan botol terpakai). Agensi-agensi luar yang terlibat untuk memastikan aktiviti ini berkesan dan menjadi panel hakim dalam setiap pertandingan dibuat adalah daripada WWF Malaysia Cawangan Sabah, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan Sabah. Aktiviti dikendalikan secara berkumpulan dan diselaraskan oleh Penyelaras Eco-School Pn. Siti Yuslaini Bt Mohd Samsuri dan Guru Besar Pn Elizabeth Lok Fae Ling. Guru-guru pengiring dilantik sebagai fasilitator dan pengendali aktiviti yang dirancang adalah daripada warga guru SK Lok Yuk Inanam. - James Johnny GPK HEM SK Lok Yuk, Inanam - Disediakan untuk Laporan Ke Blog PPDKK
Tuesday 15 November 2016
SK LOK YUK INANAM - KEM ECO SCHOOL SIRI 3/2016 - James Johnny
Penulis Unknown
Diterbitkan 11/15/2016 05:38:00 pm
Tags
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EmoticonEmoticon